LAWATAN KERJA SMA AL-WOSTO KE SMA AL-KHAIRIAH
Pada 25 Februari 2019 (Isnin) yang lalu, SMA Al-Khairiah telah menerima kunjungan istimewa dari warga SMA Al-Wosto bersempena dengan Lawatan Kerja. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut, Tuan Pengetua Al-Wosto iaitu Puan Siti Meriam binti Mohamad dan Cikgu Norhayati binti Sulaiman.
Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan usahasama dan kerjasama dalam membersihkan dan menceriakan persekitaran sekolah.
Semoga aktiviti lawatan kerja ini juga dapat memberi...
CERAMAH PEMBELAJARAN BERKESAN
Program ceramah bertajuk Pembelajaran Berkesan telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari pada 22 Februari yang lalu. Sasaran program ini tertumpu kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Syed Mahir bin Syed Alwi dari SMK Abu Bakar Temerloh.
PROGRAM BERSAMA PPD TEMERLOH
Satu program ceramah bersama Encik Mohd Affendy Bin Mohd Saad, Ketua Unit Pembangunan Manusia dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh telah selesai dijalankan. Tajuk ceramah yang dipilih untuk kali ini ialah Buli Dan Ponteng Sekolah. Sasaran program ini tertumpu kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja. Program ini telah diadakan di Dewan Utama PIBG pada 22 Februari 2019 (Jumaat) yang lalu. Semoga semua pelajar beroleh manfaat dari program ini.
MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2018
Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan SPM 2018 akan diumumkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 14 Mac 2019
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Abqori,
Sekolah Menengah Agama Al-khairiah, Temerloh Pahang .
Dengan ini, pihak sekolah memohon kepada...