MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGENALAN ORGANISASI BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) TAHUN 2019
Ustaz Badrul Hisham Bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum SMAKT telah merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Pengenalan Organisasi Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) bagi tahun 2019. Majlis ini telah diadakan pada 1 April 2019 yang lalu bertempat di Dataran Al-Muttaqin.
IMBAUAN MASISUPA PUSAT 2019
Tahukah anda apa itu MASISUPA? MASISUPA ialah Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang. Kejohanan ini telah disertai oleh 4 zon yang terdiri dari 18 buah sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.
Bagi Kejohanan MASISUPA ke-35 tahun 2019 telah disambut meriah dengan kehadiran Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama isteri Cik Puan Nur Bahiyah Mohd Akip pada upacara Majlis Perasmian Penutup di SMA Pulau Tawar, Jerantut pada 26 Mac 2019 yang lalu.
Pada kejohanan...
AGIHAN BANTUAN WANG ZAKAT MUIP
Seramai 1022 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Al-KHairiah Temerloh (SMAKT) di sini telah menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Temerloh. Sumbangan pendidikan ini telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Saadon. Tujuan sumbangan pendidikan ini adalah bagi membantu meringankan beban penjaga dalam menyediakan keperluan sekolah dan sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar pada...
PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAKT 2019
Alhamdulillah Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Pendidikan SMAKT Tahun 2019 telah berjaya dilaksanakan pada 22 Mac 2018 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Program ini telah dirasmikan oleh KPP Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad., AMP.