Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2017

29 September 2017, Jumaat: Alhamdulillah satu Program Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin bagi calon-calon peperiksaan bersijil SMAKT telah berjaya diadakan dan ianya berjalan dengan lancar sepertimana yang direncanakan. Majls bermula sekitar jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Program ini diadakan hasil kerjasama daripada pihak sekolah dan PIBG 2017. Ia juga turut disertai oleh para tetamu yang terdiri daripada barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para guru SMAKT. 

Majlis...

Tag: Sembahyang Hajat Perdana Aktiviti smakt

Papar Artikel

PEMBANGUNAN SURAU AL-HIDAYAH SMAKT

9 Ogos 2017, Rabu: Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Hidayah SMAKT buat kali pertama telah berjaya diadakan. Mesyuarat ini telah dimulakan pada pukul 3.30 petang dengan menerima kehadiran Jawatankuasa Induk PIBG, Jawatankuasa Induk Alumni dan golongan profesional yang akan menjadi tunjang utama kepada pembinaan surau tersebut. 
 
Keputusan daripada Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat  tersebut adalah sangat positif iaitu bercadang akan membina sebuah surau baru...

Tag: smakt Pembangunan Surau Al-Hidayah SMAKT

Papar Artikel

PERTANDINGAN BOWLING PELAJAR TAHFIZ PEREMPUAN

26 Julai 2017, Rabu:  Satu acara pertandingan bowling Anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan  di Star Mall Mentakab. Seramai 29 orang peserta tingkatan 1 dan 2 yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja telah menyertai pertandingan tersebut. Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru pengiring ke acara tersebut. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 7 petang. Acara penyampaian hadiah telah...

Tag: Tahfiz Aktiviti smakt Pertandingan Bowling