Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

SELAMAT DATANG KE MASISUPA KALI KE-42 DI PERINGKAT ZON 3 TAHUN 2026

SMAKT |  01 APRIL 2026 |  RABU  | 12 SYAWAL 1447H


Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-42 di Peringkat Zon 3 akan bermula dari 2hb hingga 8hb April 2026. Pada tahun ini, SMA Al-Ittifaqiyyah Guai telah menjadi tuan rumah di peringkat Zon 3. Kejohanan ini akan di sertai oleh pelajar–pelajar dari lima buah sekolah iaitu SMA Al-Khairiah, SMA Al-Ittifaqiyyah Guai, SMA Chenor, SMA Al-Wosto dan SMA Pelangai.

Tag: 2026 MASISUPA

Papar Artikel

KARNIVAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH 2026

SMAKT | 03/03/2026 | SELASA | 13 RAMADHAN 1447H

Karnival Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari yang lalu. Program ini telah melibatkan penyertaan aktif semua rumah sukan. Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan daya saing akademik, serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Tag: 2026 MASISUPA

Papar Artikel

MASISUPA PERINGKAT NEGERI PAHANG KALI KE-41 2025

SMAKT / 22 MEI 2025 / KHAMIS / 22 ZULKAEDAH 1446H


Alhamdulillah, para kontinjen dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah (SMAKT) telah selamat berangkat pada hari ini ke Majlis Sukan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) Kali Ke-41 di Peringkat Negeri yang berlangsung di Maahad SAS Jengka dan SMA Pulau Tawar Jerantut.

Mereka telah mewakili Zon 3 bagi menyertai pelbagai pertandingan acara ilmiah dan sukan. Mereka akan berkampung selama 4 hari bermula 22 Mei hingga 25 Mei 2025.

Mohon...

Tag: 2025 MASISUPA

Papar Artikel

SMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH DINOBATKAN SEBAGAI JUARA ILMIAH DAN JUARA KESELURUHAN MASISUPA KALI KE-41 PERINGKAT ZON 3 TAHUN 2025

SMAKT /20 APRIL 2025 / AHAD / 21 SYAWAL 1446H

Syukur alhamdulillah. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua  peserta dan jurulatih pasukan serta guru pembimbing atas kejayaan yang sangat membanggakan pihak sekolah. Teruskan berusaha untuk terus mencapai kecemerlangan yang lebih besar di MASISUPA peringkat Pusat yang akan diadakan di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini dan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar.

Kejayaan ini telah diumumkan pagi tadi sempena Majlis Penutup MASISUPA Kali Ke-41...

Tag: 2025 MASISUPA