Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "2025"

Papar Artikel

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025

SMAKT |  01 APRIL 2026 |  RABU  | 12 SYAWAL 1447H


Alhamdulillah, SMAKT telah berjaya mencapai peningkatan sebanyak 0.32 pada tahun ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 3.68. Seramai 58 daripada 147 pelajar merupakan Pelajar Cemerlang yang telah memperoleh keputusan 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025. 

Ini juga membuktikan bahawa usaha yang berterusan bagi warga sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik. Tahniah dan Syabas...

Tag: spm 2025

Papar Artikel

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025

SMAKT | 12/02/2026 | KHAMIS | 24 SYAABAN 1447H

Alhamdulillah Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Akhir Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin, 9 Februari yang lalu di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang. Tahniah kepada para pelajar di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran, ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. 

Tag: 2025 Penyampaian Hadiah

Papar Artikel

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SMA 2025

SMAKT | 06/02/2026 | JUMAAT | 18 SYAABAN 1447H

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru SMA. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar serta menghargai usaha gigih warga pendidik dalam merealisasikan kecemerlangan akademik. Pada tahun ini seramai 15 orang pelajar telah mendapat mumtaz sufi, 30 orang mumtaz, 32 orang jayyid jiddan, 33 orang jayyid dan 18 orang makbul. 

Tag: 2025 SMA