MASISUPA PERINGKAT NEGERI PAHANG KALI KE-41 2025

SMAKT / 22 MEI 2025 / KHAMIS / 22 ZULKAEDAH 1446H


Alhamdulillah, para kontinjen dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah (SMAKT) telah selamat berangkat pada hari ini ke Majlis Sukan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) Kali Ke-41 di Peringkat Negeri yang berlangsung di Maahad SAS Jengka dan SMA Pulau Tawar Jerantut.

Mereka telah mewakili Zon 3 bagi menyertai pelbagai pertandingan acara ilmiah dan sukan. Mereka akan berkampung selama 4 hari bermula 22 Mei hingga 25 Mei 2025.

Mohon doakan keselamatan & kejayaan anak-anak pelajar SMAKT. Semoga dipermudahkan urusan mereka, maju jaya dan beroleh kejayaan, Insya Allah.

"Pergi dengan penuh harapan, pulang dengan kejayaan".

Tag: 2025 MASISUPA