MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2023 / 2024
SMAKT | RABU | 12 April 2023 bersamaan 21 Ramadhan 1444H
Barisan Pentadbir, Guru-Guru Disiplin dan YDP PIBG serta Pengawas Sekolah bergambar bersama perasmi, Inspektor Norazian Binti Haji Mat Yusop selaku Pegawai Perhubungan Sekolah sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Majlis ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Isnin, 10 April 2023 yang lalu. Seramai 73 orang pelajar telah dilantik untuk memegang jawatan tersebut. Tahniah dan syabas...

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SMA BERSAMA DR HANISAH AFANDI
SMAKT | SELASA | 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadhan 1444H
Modul MyKhalifah Dream versi Kecemerlangan SMA (Sijil Menengah Agama) di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh, Pahang telah berjaya dilaksanakan. Program ini telah dibimbing oleh Dr Hanisah Afandi bersama Aura Imtiyaz Training and Consultancy dan teamnya .
Semoga semua pelajar berjaya didunia dan diakhirat serta beroleh manfaat yang sangat berguna demi kecemerlangan di masa hadapan.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID NEGERI PAHANG KEPADA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) DAN SEKOLAH UGAMA MAJLIS (SMUM)
SMAKT | RABU | 5 April 2023 bersamaan 14 Ramadhan 1444H
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan kerana telah mengagihkan Sumbangan Bantuan Persekolahan dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 1096 orang pelajar dari kategori Anak Yatim, Asnaf dan Orang Asli dari 22 buah sekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Ugama Majlis (SMUM).
MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2022
SMAKT | JUMAAT | 17 MAC 2023/ 25 SYAABAN 1444H
Seramai 61 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam Peperiksaan SMA 2022. Keputusan keseluruhannya seramai 18 orang (9 Mumtaz), 9 orang (8 Mumtaz), 12 orang (7 Mumtaz), 3 orang (6 Mumtaz) dan seorang (5 Mumtaz). Manakala sSeramai 30 orang memperoleh Jayyid Jiddan, 35 orang Jayyid dan 9 orang Maqbul.
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah juga telah mencatatkan peningkatan gred bagi Peperiksaan SMA kali ini...