CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 2023/2024
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Persekolahan Penggal 1 bermula mulai Sabtu, 27 Mei 2023.
Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Persekolahan Penggal 1 bermula mulai Sabtu, 27 Mei 2023.
Sehubungan dengan itu sesi persekolahan Penggal 1 bagi tahun 2023/2024 akan bermula pada Isnin, 5 Jun 2023.
Selamat bercuti kepada seluruh warga SMAKT. Jaga diri, jaga kesihatan dan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
MEMO CUTI HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL 1
Sekolah akan bercuti selama 12 hari bermula 19 April bersamaan dengan hari Rabu sehingga 02 Mei 2023 bersamaan dengan hari Isnin.
Akhir kalam, kami warga SMAKT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Hati-hati ketika memandu pulang ke kampung. Biar lambat asal selamat.
PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
SMAKT | ISNIN | 17 APRIL 2023 bersamaan 26 Ramadhan 1444H
Program Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah telah dilaksanakan di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Program ini diadakan sebagai penutup aktiviti Tadarus Al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
PROGRAM WORLD #QURAN HOUR
SMAKT | KHAMIS | 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadhan 1444H
Program World#QuranHour telah berjaya dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan JAIP menyertai program ini secara online melalui FB JAIP berpusat di Dewan Seminar JAIP dan disertai seluruh PAID dan SMAN Pahang melalui aplikasi Webex. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi sebelum Bacaan Quran Hour secara serentak pada jam 12.00am dan berakhir kira-kira jam 1.00pm di semua lokasi masing-masing dan...
