Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KABAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT TEMERLOH

SMAKT / 28 OGOS 2024 / RABU / 23 SAFAR 1446H
 
Bahagian Unit Keselamatan (4K) telah berjaya menganjurkan satu Program Latihan Kebakaran Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran dengan kerjasama dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Temerloh. Penerangan terperinci tentang penggunaan alat pemadam api telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II iaitu Encik Mohd Fairus Anuwar Bin Abdullah. Semoga program ini mendatangkan manfaat untuk semua.

 

Tag: 2024

Papar Artikel

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN

SMAKT / 27 OGOS 2024 / SELASA / 22 SAFAR 1446H


Satu ceramah berkaitan kesihatan pergigian telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Isnin bertarikh 26 Ogos 2024. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar pentingnya penjagaan gigi supaya ia dapat berfungsi sepanjang hayat. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Junaidah bt Mahmud dan Dr. Esther Kok Sook Kuan dari Klinik Pergigian Temerloh.

Tag: 2024

Papar Artikel

KEM PENINGKATAN JATI DIRI PELAJAR SMA DAN SPM

SMAKT, SELASA / 09 JULAI 2024 / 03 MUHARAM 1446H.


Kem Peningkatan Jati Diri Pelajar SMA Dan SPM anjuran Unit Kurikulum SMAKT yang telah berlangsung di Perkampungan Ikhtiar Hidup, Kem Batu 5 Mentakab selama 2 hari bermula 05 hingga 06 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu). 

Seramai 45 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 terpilih untuk menyertai program ini. Mereka juga telah diiringi oleh Cikgu Thoha bin Jamal, Cikgu Muhammad Yusainy bin Mohamad Yunus dan Ustaz Aimanuddin bin Nasaruldin. 

...

Tag: 2023 motivasi

Papar Artikel

KEM KECEMERLANGAN SPM MATAPELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN BIL 2/2024

SMAKT, SELASA / 09 JULAI 2024 / 03 MUHARAM 1446H.

Program Kem Kecemerlangan SPM Matapelajaran Matematik Tambahan SMAN telah diadakan dengan jayanya di Dewan SMA Al-Wosto, Temerloh pada 22 hingga 23 Jun 2024 yang lalu. Seramai 46 orang peserta dari SMA Al-Khairiah terpilih untuk menyertai program ini. 

Kem ini diurussetiakan oleh Bahagian Pendidikan JAIP dengan kerjasama  Panitia Matematik Tambahan SMAN. En. Mohd.Rizal bin Zainal Abidin dari SMA Al Wosto merupakan penceramah jemputan...

Tag: 2024 spm