PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG (SMAN) 2025
SMAKT / 07 OKTOBER 2024 / ISNIN / 4 RABIULAKHIR 1446H
Permohonan akan dibuka bermula 15 Oktober 2024 hingga 30 November 2024.
Sila layari Laman Sesawang seperti berikut : http://esma.pahang.gov.my
Permohonan akan dibuka bermula 15 Oktober 2024 hingga 30 November 2024.
Sila layari Laman Sesawang seperti berikut : http://esma.pahang.gov.my
TAWARAN TENDER KANTIN SMA AL-KHAIRIAH TAHUN 2025-2026
SMAKT / 3 OKTOBER 2024 KHAMIS / 28 RABIULAWAL 1446H
Tawaran ini dibuka bermula 01 OKTOBER 2024 hingga jam 1.00 tengahari pada 30 OKTOBER 2024.
Borang permohonan tender boleh didapati di pejabat pentadbiran SMA Al-Khairiah Temerloh.
Harap maklum.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-67
SMAKT / 31 OGOS 2024 / SABTU / 26 SAFAR 1446H
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya iaitu pengorbanan yang sebenar-benar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama
Kami warga SMAKT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 | Malaysia Madani Jiwa Merdeka. Semoga Malaysia terus maju dan makmur.
HARI TRANSFORMASI MINDA
SMAKT / 30 OGOS 2024 / JUMAAT / 25 SAFAR 1446H
Pada hari ini telah diadakan Hari Transformasi Minda di mana ianya adalah merupakan hari pelaporan bagi keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2024.
Ia bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajar bersama dengan ibu bapa/penjaga serta bersama-sama merangka strategi bagi memperbaiki kelemahan pelajar untuk persediaan peperiksaan yang seterusnya. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 12.00 tengah hari....
