MENERIMA KUNJUNGAN DARI MENTERI BESAR PAHANG, DATO' SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL, SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP.,

Pada hari Selasa bertarikh 18 Jun 2019 yang lalu, SMA Al-Khairiah telah menerima kunjungan dari Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP., bersama rombongan untuk melihat sendiri kesan angin kuat yang telah melanda beberapa tempat di Bandar Temerloh termasuklah SMA Al-Khairiah, Temerloh. 

Kerosakan yang dialami SMAKT antaranya keruntuhan tembok pagar dan kebocoran atap yang menempatkan kelas. Terima kasih kepada Dato' Sri yang berjanji untuk menyelesaikan segera dengan memberi peruntukan bagi membaiki kerosakan akibat dari bencana tersebut kepada SMA Al-Kahiriah.

Tag: 2019 smakt