
KULIAH DHUHA “REHLAH RABBANIYAH”
Alhamdulillah satu Majlis Kuliah Dhuha Khas bertajuk “Rehlah Rabbaniyah” inspirasi dari Mukjizat Agung Isra’ dan Mikraj telah berjaya dilaksanakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Badan Dakwah & Ibadah (BADIB) SMAKT. Kuliah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YH. Dato’ Haji Sulaiman bin Haji Ahmad, Mantan SS Mufti Negeri Pahang.