BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
6 Julai 2019 (Sabtu) bersamaan 3 Zulkaedah 1440H: Panitia Bahasa Melayu telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu kepada 174 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Cikgu Ahmad Nizar bin Kamarudin dari Sekolah Menengah Hwa Lian Mentakab merupakan penceramah jemputan untuk bengkel ini.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar dalam menguasai teknik penulisan karangan...
KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN AL-QURAN
Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Al-Quran telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 6 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Seramai 174 orang pelajar dari tingkatan 4 telah menghadiri kelas tersebut. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Nafizal bin Osman dari Sekolah Menengah Agama Maran.
Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar teknik untuk menjawab soalan bagi mata pelajaran Al-Quran Syafawi dan Tahriri....
LAWATAN KERJA KEWANGAN NEGERI BERSAMA JKR
5 Julai 2019 (Jumaat) bersamaan 2 Zulkaedah 1440H: Tuan Pengetua SMAKT telah mengiringi Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Yang Hormat Dato’ Ali Syahbana bin Sabarudin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu Cik Nadimah Hilwah binti Mod Saifuddin ke Dewan Makan Asrama sempena Lawatan Kerja Kewangan Negeri bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).
MAJLIS RAMAH MESRA DAN SILATURAHIM JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG 2019
Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri pada 3 Julai 2019 bersamaan 29 Syawal 1440H di Dataran PAID Pekan. Setiap tahun JAIP akan mengadakan jamuan hari raya di tempat yang berbeza. Sebanyak 42 gerai telah menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu kepada para tamu. Dimana gerai-gerai ini terdiri dari Pejabat Agama Islam Daerah dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN). Seramai 22 orang warga SMAKT yang terdiri dari guru...
