Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

CERAMAH DISIPLIN

Alhamdulillah satu Ceramah Disiplin telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqari SMAKT pada pagi ini bertarikh 2 Julai 2019 (Selasa). Ceramah ini telah disampaikan Oleh DSP Azman bin Abdul Khan dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. Sasaran ceramah ini adalah kepada 60 orang pelajar yang terlibat dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah terdiri dari tingkatan  2, tingkatan 3 dan tingkatan 4 sahaja. Semoga segala usaha yang dijalankan akan dapat mengurangkan masalah...

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANAK PERHATI TAHUN 2019

Seramai 12 orang peserta (PERHATI) tingkatan 5 dari SMAKT telah berpeluang menyertai Lawatan Sambil Belajar selama 2 hari ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang. Lawatan ini telah diadakan pada 27 dan 28 Jun yang lalu. Ustazah Suriyati bt Kaspan dan Ustazah Nor Aniza bt Dollah selaku guru PERHATI telah mengiringi pelajar ke lawatan tersebut.

Lawatan ini adalah dibawah anjuran PERHATI Daerah Temerloh. Objektif utama lawatan ini adalah untuk untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal...

Tag: 2019 perhati

Papar Artikel

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

SMAKT - Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 6 telah berjaya dilaksanakan di kelas masing-masing pada 28 Julai 2019 (Jumaat) yang lalu. Hari pelaporan ini bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
 
Ianya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah dan menjadi medan pertemuan di antara guru, pelajar dan ibu bapa bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa dan  penjaga amat...

Tag: 2019 Peperiksaan

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 28 Jun 2019 bersamaan 24 Syawal 1440H. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Majlis ini bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri SMAKT disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, namun kemeriahannya tetap terasa. Apa yang penting adalah objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan...

Tag: 2019 Program Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah