IMBAS KENANGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DISKUSI ILMIAH DAN IFTAR PERDANA 2019 BERSAMA WARGA SMAKT
Alhamdulillah pada pada tahun ini semua warga pendidik dan kakitangan SMAKT telah bersama-sama dapat meluangkan masa beriftar bersama para pelajar di Dataran Al-Muttaqin. Semoga majlis ini menjadi kenangan yang terindah untuk semua yang hadir.
Antara pengisian yang dijalankan pada hari tersebut adalah:
Antara pengisian yang dijalankan pada hari tersebut adalah:
- Majlis Khatam Al-Quran
- Diskudi Ilmiah
- Iftar Perdana
- Solat Frdhu Dan Terawih Berjemaah
AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2015
Pihak SMAKT telah selesai menerima lawatan audit pemantauan SIRIM untuk ISO 9001:2015 pada 14 Mei 2019 (Selasa). Pemantauan ini telah di ketuai Puan Hanida binti Ghazali selaku Ketua Audit SIRIM QAS dan diiring oleh Puan Zarina dan Ustaz Yusri Aman, Qadhi Daerah Cameroon Highlands. Manakala Ustaz Syed Ana Ruhizat dari Bahagian Undang-Undang Keluarga pula mewakili JAIP.
Sesi pengauditan telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang. Terima kasih...
LAWATAN PELAJAR STAM KE USIM (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA)
Seramai 79 orang pelajar STAM bersama 4 orang guru pengiring dari sekolah ini telah menyertai Lawatan ke USIM pada 4 Mei 2019 yang lalu. Lawatan ini adalah dibawah anjuran Sekolah dan Alumni SMAKT.
Objektif utama program ini adalah untuk mencari bahan rujukan agar pelajar dapat menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Balaghah dan Adab Nusus. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat memandangkan SMAKT merupakan sekolah angkat USIM.
Aktiviti yang dijalankan...
PROGRAM TADARUS AL-QURAN
Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan, Program tadarus Al-quran telah dilaksanakan sebagai pengisian rohani sepanjang menghormati kedatangan bulan yang mulia ini. Program ini adalah di bawah kelolaan badan kerohanian SMAKT.
Sebanyak 55 kumpulan tadarus Al-quran telah diagihkan di kalangan para pelajar bersama guru. Setiap kumpulan tadarus perlu membaca juzuk yang telah ditetapkan.