Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2019

Program ini merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin dan Badan Pengawas. Program ini disasarkan kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesipersekolahan 2019. 

Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untukmenghadapi cabaran, memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Pada tahun ini, pihak...

Tag: 2019 smakt

Papar Artikel

MAJLIS TILAWAH QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 1440H/2019M

Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang diperolehi oleh wakil peserta dari SMAKT yang telah menyertai  pertandingan MTQ di Peringkat Negeri Pahang. Seramai 3 orang peserta telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan tersebut.Ustaz Mohd Firdaus bin Azmy telah telah mengiringi peserta ke pertandingan tersebut.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertandingan MTQ peringkat Negeri Pahang...

Tag: 2019 MTQ

Papar Artikel

KULIAH DHUHA “REHLAH RABBANIYAH”

Alhamdulillah satu Majlis Kuliah Dhuha Khas bertajuk “Rehlah Rabbaniyah” inspirasi dari Mukjizat Agung Isra’ dan Mikraj telah berjaya dilaksanakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Badan Dakwah & Ibadah (BADIB) SMAKT. Kuliah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YH. Dato’ Haji Sulaiman bin Haji Ahmad, Mantan SS Mufti Negeri Pahang. 

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

UJIAN RINTIS MUAT

GPK Pentadbiran dan Kurikulum iaitu Ustaz Badrul Hisham bin Abd Aziz bergambar bersama barisan pemeriksa Rintis MUAT selepas selesai ujian dijalankan kepada 83 orang pelajar tingkatan 6 dari sekolah ini. Rintis MUAT (Malaysian University Arabic Test) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 April 2019 (Rabu) yang lalu. Ujian ini diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UNISZA.

Tag: 2019 Rintis MUAT