Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "2018"

Papar Artikel

PERJUMPAAN KELAB / PERSATUAN 2018

SMAKT- Satu perjumpaan antara Kelab / Persatuan telah diadakan buat kali pertama bagi aktiviti Kokurikulum. Ia telah diadakan pada hari Selasa, bertarikh 23 Januari 2018. Semua pelajar diminta berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh SU Korikulum iaitu Ustaz Ahmad Kashafi Bin Saleh.
 
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengadakan mesyuarat agung bagi melantik jawatankuasa kelab / persatuan bagi sesi 2018. 

Tag: 2018 Aktiviti Kokurikulum smakt

Papar Artikel

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA "STAM 2017"

SMAKT – Keputusan rasmi STAM bagi sesi 2017 telah diumumkan di seluruh Malaysia pada hari Khamis, 18 Januari 2018 yang lalu. Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 0.48 berbanding tahun 2016. 

Calon keseluruhan STAM pada tahun 2017 adalah seramai 43 orang pelajar, dimana seramai 31 orang pelajar lulus (73.81%) dan seramai 11 orang rasib (26.19%). Berikut adalah keputusan keseluruhan STAM iaitu bagi pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Mumtaz...

Tag: smakt 2018 Kokurikulum Keputusan Peperiksaan

Papar Artikel

RAWATAN PERGIGIAN

15 Januari 2018, Khamis: Pemeriksaan gigi secara berkala oleh para Jururawat dan Pegawai Pergigian dari  Klinik Pergigian Temerloh kepada pelajar-pelajar SMAKT telah pun bermula pada hari Khamis yang lalu. Setiap kelas akan mengikut giliran untuk diperiksa berpandukan jadual yang telah disusun oleh Guru Kesihatan.

Antara perkhidmatan yang telah disediakan adalah penjagaan pergigian asas termasuk pemeriksaan, cabutan, penskaleran dan profilaxis. Jika rawatan yang kompleks diperlukan,...

Tag: smakt 2018 Aktiviti kesihatan

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

11 Januari 2018, Khamis : Satu program motivasi telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Ianya telah bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Sasaran motivasi ini adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 4 dan 5. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar mengenal diri sebagai insan yang mempunyai potensi diri yang sangat besar untuk lebih maju dan berjaya di masa depan. Ia juga bertujuan untuk mengingati dan...

Tag: smakt 2018 motivasi