PROGRAM MOTIVASI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

11 Januari 2018, Khamis : Satu program motivasi telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Ianya telah bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Sasaran motivasi ini adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 4 dan 5. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar mengenal diri sebagai insan yang mempunyai potensi diri yang sangat besar untuk lebih maju dan berjaya di masa depan. Ia juga bertujuan untuk mengingati dan membimbing tentang apakah tanggungjawab yang mereka perlu lakukan sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar. 

Motivasi ini telah disampaikan oleh Perunding Motivasi Aura Imtiyaz Training & Consultancy iaitu Ustazah Hanisah Bt Dato’ Hj Mohd Nor Afandi. Semoga semua pelajar dapat mempraktikkan dalam kehidupan segala ilmu yang diperolehi dengan baik.

Tag: smakt 2018 motivasi