LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 2017
25 April 2017, Selasa: Bahagian keselamatan (4K) telah berjaya mengadakan latihan fire drill bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Pada tahun ini ada sedikit kejutan yang dilakukan oleh pihak bomba dan pihak pentadbiran. Dimana, mereka telah merancang untuk membuat kejutan kepada semua warga SMAKT dengan melakukan “gimik kebakaran” iaitu dengan membunyikan siren kebakaran ketika semua guru dan pelajar sudah berada di kelas masing-masing selepas selesai sesi perhimpunan.
Sedikit...
MAJLIS PERSARAAN CIKGU SITI KHALIJAH BINTI SUHAIMI
Tanggal 17 Jun 2017 bersamaan 22 Ramadhan, Sabtu, Satu Majlis Persaraan untuk Cikgu Siti Khalijah Binti Suhaimi telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Majlis telah dimulakan selepas selesai sesi perhimpunan pagi dengan acara perarakan masuk yang dirai dan guru-guru pengiring ke pentas utama. Kemudian acara diteruskan lagi dengan bacaan doa, persembahan dari pelajar dan juga sesi ucapan.
SMA Al-Khairiah berasa sedih di atas kehilangan satu lagi permata yang telah banyak...
SMA Al-Khairiah berasa sedih di atas kehilangan satu lagi permata yang telah banyak...
KURSUS ASAS MEMANAH 2017
Satu Kursus Asas bagi acara memanah telah berjaya diadakan di Taman Awam Kampung Keladan Temerloh. Kursus ini adalah dibawah anjuran Kelab Memanah SMAKT. Seramai 88 orang peserta dan 2 orang guru pengiring telah menyertai kursus tersebut. Power Archery Collection, Temerloh telah diberikan amanah untuk mengendalikan kursus ini sekaligus memberikan tunjuk ajar mengenai cara dan teknik memanah dengan betul dan selamat.
Menurut Ustazah Zamila selaku guru pembimbing Kelab Memanah SMAKT,...
MAJLIS MUAFAKAT BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TAHFIZ SMAKT
13 Mei 2017, Sabtu: Satu program Muafakat Bersama Ibu Bapa anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori. Seramai 50 orang tetamu telah hadir pada majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan daripada ibu bapa berkaitan dengan perjalanan kelas tahfiz agar ianya berjalan dengan lebih baik dan lancar. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru dan juga pihak sekolah.
Majlis ini telah dimulakan dengan sesi...
