MAJLIS JASAMU DIKENANG
SMAKT – Majlis Jasamu Dikenang telah disambut dengan meriah sekali. Majlis ini telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin pada 27 April 2018 (Jumaat) baru-baru ini. Ianya bermula seawal 7.30 am seusai perhimpunan pagi.Tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan ikhlas di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat di SMAKT.
Guru bersara yang diraikan, Cikgu Emran Bin Jamaludin telah berkhidmat selama 35 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau...
SAYANGI ANAK-ANAK KITA
SMAKT – Ceramah Motivasi Multimedia Bergambar berkaitan bahaya merokok, dadah dan gejala sosial di kalangan remaja telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada 25 April 2018 (Rabu). Sasaran utama ceramah ini adalah kepada pelajar tingkatan 3 dan 4. Ianya bermula seawal jam 8.00 am dan berakhir jam 11.30 am.
Penceramah jemputan pada kali ini didatangkan khas dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang penulis buku motivasi bertajuk Racun Dunia yang menggunakan nama pena Don...
TAKLIMAT KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2018
SMAKT - Satu taklimat Kerja Kursus Sejarah kepada calon PT3 tahun 2018 telah berjaya diadakan pada 25 April 2018 (Rabu) yang lalu di Dewan Al-abqori SMAKT. Ustaz Ahmad Kasyafi Bin Saleh selaku guru matapelajaran Sejarah telah ditugaskan untuk menyampaikan taklimat tersebut.
Intipati di dalam taklimat tersebut antaranya ialah semua pelajar tingkatan 3 dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah mengikut tajuk yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan dengan teliti...
KEM TAHSIN SOLAT 2018
SMAKT – Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) SMAKT telah menganjurkan Kem Tahsin Solat kepada 212 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan satu. Kem ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT selama dua hari bermula dari 21 hingga 22 April 2018 yang lalu.
Objektif utama kem ini diadakan antaranya ialah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar dengan lebih jelas berkaitan setiap rukun solat, cara melaksanakannya dengan lebih baik dan mengetahui perkara sunat bagi setiap rukun. Ia juga...