Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018

SMAKT – Seramai 398 orang pelajar yang isi pendapatan penjaga dibawah RM1500 telahpun menerima bantuan awal persekolahan pada 8 Jun 2018 (Jumaat) yang lalu di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Majlis ini telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi.

Bantuan ini adalah di bawah tajaan JAKIM dan telah disampaikan oleh Puan Afidah binti Zakaria, Penolong Pegawai Kanan Unit Naziran, Bahagian Pendidikan JAIP. 

Semoga skim bantuan ini akan diteruskan untuk setiap tahun bagi pelajar yang layak, ini kerana ia...

Tag: 2018 smakt

Papar Artikel

MAJLIS DISKUSI ILMIAH & IFTAR JAMAEI PERDANA 2018

SMAKT – Pihak sekolah telah berjaya menganjurkan satu Majlis Diskusi dan Iftar Jamaei Perdana pada hari Khamis, 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H di Dataran Al-Muttaqin SMAKT yang lalu. Majlis ini juga turut dihadiri guru-guru, kakitangan sekolah dan juga tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa PIBG SMAKT bersama keluarga masing-masing. Antara menu yang telah disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti nasi arab, kuih-muih, kurma dan juga minuman.

Majlis telahpun...

Tag: 2018 Iftar Perdana

Papar Artikel

KEMPEN 5M "SAYANGI BUKU TEKS" TAHUN 2018

SMAKT – Pelancaran Kempen 5M Sayangi Buku Teks 2018 telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2018 (Jumaat) yang lalu di Dataran Al-Muttaqin. Program 5M ini akan berlangsung sepanjang tahun bermula daripada bulan Februari sehingga bulan November 2018 dan sasaran utamanya adalah kepada semua  pelajar SMAKT. 

Objektif utama program ini antaranya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya penjagaan buku teks,  untuk menyemai rasa cinta kepada buku teks dan juga untuk...

Tag: 2018 spbt

Papar Artikel

TAKLIMAT GURU KALI - 1 2018

SMAKT -  Satu taklimat khas guru kali-1 bagi tahun 2018 berkaitan dengan MS ISO 9001:2015 telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat SMAKT pada 19 Mei (Sabtu) yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAKT sendiri iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Taklimat kali ini lebih tertumpu kepada Prosedur Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada semua guru-guru berkaitan beberapa prosedur yang perlu dilakukan...

Tag: 2018 MS ISO 9001:2015 smakt