TAKLIMAT PERLAKSANAAN MS ISO 9001:2015
SMAKT – Satu Taklimat Perlaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang dibawah anjuran Jabatan Agama Islam Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Abqori SMAKT. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Dokumen ISO JAIP iaitu Encik Syed Ana Ruhiza’at Bin Syed Alwi dan Pengetua SMA Al-Khairiah iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail.
Seramai 180 orang peserta telah menyertainya. Mereka terdiri dari kalangan guru-guru dari tiga buah sekolah iaitu SMA...
KEJOHANAN CATUR MSSD TEMERLOH TAHUN 2018
SMAKT – Tahniah diucapkan kepada Nurdayana Binti Mohd Rizal di atas kejayaan beliau selepas memperoleh kejayaan tempat ke-8 di antara 10 pemenang dibawah kategori 18 tahun dalam Kejohanan Catur MSSD Temerloh Tahun 2018 bawah 12, 15 dan 18 tahun. Seramai 10 orang peserta dari SMAKT telah menyertai kejohanan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Ustazah Haslina Binti Alias di atas kejayaan ini.
Seramai 450 orang peserta yang terdiri dari 20 buah sekolah rendah dan 24 buah...
PROGRAM KELESTARIAN JOM TEROKAI SAINS PT3
SMAKT – Satu Program Kelestarian Jom Terokai Sains PT3 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada hari Rabu, 11 April 2018 yang lalu. Ianya telah bermula seawal jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.30 petang. Program ini khas disasarkan kepada 202 orang pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 pada tahun ini.
Program Kelestarian Jom Terokai sains ini adalah dibawah anjuran Kardial Global Resources dengan kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Cikgu Kannan dari...
PROGRAM ASASI SASTERA KUIPSAS
KUIPSAS telah menawarkan Program Asasi Sastera kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Bagi pelajar yang berminat bolehlah melawat ke laman web KUIPSAS untuk maklumat lanjut tentang permohonan ke sana. Laman webnya adalah seperti berikut.
https://www.kuipsas.edu.my/
https://www.kuipsas.edu.my/
Antara kelebihan apabila pelajar mengikuti program ini ialah:
1) Hanya 1 tahun iaitu 3 semester.
2) Yuran pengajian dan...