Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PEMANTAUAN 4K 2019

Pihak pengurusan sekolah amat mengalu-alukan kedatangan para pemantau 4K (keceriaan, keselamatan, kerohanian & kebersihan) ke SMAKT. Pemantauan 4K ini telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2019 (Selasa). Ustaz Mohd Najib bin Jaafar A.M.P, dari SMA Bukit Ibam telah mengetuai Pemantauan 4K pada kali ini. 

Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SMAKT atas kerjasama yang diberikan dalam menceriakan kawasan sekolah. 

Tag: 2019 4k

Papar Artikel

KELAS INTENSIF STAM

Kelas Intensif bagi pelajar STAM telah diadakan di Bilik Media 2 pada 4 Ogos 2019. Seramai 59 orang pelajar STAM telah menyertai kelas tersebut. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi penekanan kepada calon terhadap tajuk-tajuk penting bagi matapelajaran STAM. Ustazah Aisyah Atiqah bt Azieh dan Ustazah Suniza bt Sahbudin turut hadir ke bengkel tersebut. 

Tag: 2019 stam

Papar Artikel

BENGKEL MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2019

Bengkel matapelajaran Bahasa Melayu SPM telah berjaya dilaksanakan di dewan Al-Abqori pada 3 Ogos 2019 (Sabtu). Sasaran utama bengkel ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di dalam subjek Bahasa Melayu SPM. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah membina karangan dengan baik mengikut standard SPM yang telah ditetapkan.

Bengkel ini telah disampaikan...

Tag: 2019 spm

Papar Artikel

LAWATAN PENANDAAN ARAS STAM

Pengetua bergambar bersama-sama barisan delegasi dari Sekolah Menengah Agama Al-Maarif. Felda Bukit Goh Kuantan, Pahang. SMAKT telah menerima kunjungan dari SMA Al-Maarif sempena Lawatan Penanda Aras STAM pada 1 Ogos 2019 (KHamis) bersamaan 29 Zulkaedah 1440H,

Tag: 2019 stam