BENGKEL MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 2019
Bengkel matapelajaran Bahasa Melayu SPM telah berjaya dilaksanakan di dewan Al-Abqori pada 3 Ogos 2019 (Sabtu). Sasaran utama bengkel ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di dalam subjek Bahasa Melayu SPM. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah membina karangan dengan baik mengikut standard SPM yang telah ditetapkan.
Bengkel ini telah disampaikan...
LAWATAN PENANDAAN ARAS STAM
Pengetua bergambar bersama-sama barisan delegasi dari Sekolah Menengah Agama Al-Maarif. Felda Bukit Goh Kuantan, Pahang. SMAKT telah menerima kunjungan dari SMA Al-Maarif sempena Lawatan Penanda Aras STAM pada 1 Ogos 2019 (KHamis) bersamaan 29 Zulkaedah 1440H,
SEMINAR MATAPELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5
Seminar bagi matapelajaran sejarah telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqari pada 4 Ogos 2019 (Ahad). Sasaran seminar ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memahami teknik menjawab soalan kertas 2 serta dapat mengetahui teknik menjawab soalan KBAT. Aktiviti yang telah dijalankan semasa seminar antaranya ialah aktiviti berkumpulan dan perbincangan soalan...
MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari SMAKT yang telah berjaya meraih tempat di dalam beberapa acara yang dipertandingkan di Majlis Ihtifal tersebut. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Jengka Pusat. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam beberapa kemahiran berbahasa Arab, Hafazan Al-Quran Dan Pendidikan Islam.
Acara yang telah dipertandingkan ialah Kuiz Bahasa Arab, Hiwar dan Kalimah Sobah. Guru yang mengiringi peserta ke Majlis...