Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PEMBERITAHUAN BENGKEL KECEMERLANGAN SMA

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kecemerlangan SMA bagi Pelajar Tingkatan 4 untuk Sesi 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        : 16 hingga 18 Ogos 2019
Hari            :  Jumaat hingga Ahad
Masa          :  Rujuk Jadual
Tempat      :  Rujuk Jadual
                           ...

Tag: 2019 SMA

Papar Artikel

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

Seramai 2 orang guru iaitu Cikgu Nurul Shahida binti Ahmad Najid dan Ustazah Kamariyah binti Yusoff telah berpeluang menyertai Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Temerloh Serta Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Dan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019. Program ini telah diadakan di Dataran Cendekia, SMK Paya Pulai. YB. Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Temerloh telah merasmikan program tersebut.

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB

Seramai 120 orang pelajar cemerlang dari tingkatan satu sekolah ini telah menyertai Program Kecemerlangan Bahasa Arab di Star Mall Mentakab. Mereka telah diiringi oleh 8 orang guru. Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan perlawanan bowling antara kumpulan. Tujuan utama  program ini adalah sebagai hadiah dan motivasi kepada para pelajar kerana telah berjaya menguasai bahasa arab. Tahniah diucapkan.

Tag: 2019 Aktiviti