Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

SUNTIKAN PELALIAN HPV

SMAKT, 3 Mac 2020 :– Seramai 122 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 sesi 2020, telah menerima suntikan pelalian Human Papiloma Virus (HPV). Suntikan ini telah dilaksanakan oleh para pegawai kesihatan  dari Klinik Kesihatan Daerah Temerloh.

Pelalian yang diberi adalah untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan...

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

SUNTIKAN TALASEMIA

SMAKT, 3 Mac 2020:– Pelajar dari tingkatan 4 sekolah ini telah menjalani ujian saringan talasemia. Ujian ini telah dilakukan di bilik kesihatan oleh beberapa orang kakitangan dari Klinik Kesihatan  Daerah Temerloh. Saringan telah dilakukan seawal jam 9.00 pagi. 

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

TAHNIAH! SMAKT JUARA KESELURUHAN MASISUPA KALI KE-36 TAHUN 2020 PERINGKAT ZON 3

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-36 Tahun 2020 Peringkat Zon 3 telah berjaya melabuhkan tirainya pada hari ini bertarikh 1 Mac 2020. Majlis penutup telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi, di Dataran Arrayyan Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah, Guai. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Encik Muhammad Bin Ab. Rahman.
 
SMA Al-Khariah Temerloh telah berjaya mengembalikan...

Tag: 2020 MASISUPA