PROGRAM TUISYEN RAKYAT
Seramai 20 orang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh bergambar bersama guru pengiring Cikgu Kamaruzzaman bin Abdullah dan GPK Pentadbiran & Akademik Ustaz Badrul Hisham bin Abd Aziz.
PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL TAHFIZ
Peserta tahfiz dari SMA-Al-Khairiah Temerloh dan KOMTAQ (Kompleks Maahad Tahfiz Qardawi) bergambar bersama selepas selesai acara Perlawanan Persahabatan Futsal Tahfiz di bawah anjuran SMA Al-Khairiah. Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat serta dapat memantapkan aktiviti kokurikulum bagi pelajar tahfiz. Semoga program seperti ini dapat melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang Al-Quran, akademik dan juga sukan.
اهلا وسهلا ومرحبا بكم TEMU UJI TINGKATAN 1 TAHUN 2019
Sesi Temu Uji Tingkatan 1 Tahun 2019 telah berjaya dijalankan di SMA Al-Khairiah pada hari Sabtu 6 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 520 orang calon telah hadir untuk menduduki temu uji tersebut. Pendaftaran pelajar telah dibuat seawal jam 8.00 pagi dan pelajar dikehendaki memasuki barisan mengikut nombor bilik temu uji masing-masing sebelum dipandu arah oleh petugas.
Temu uji ini terdapat dua sesi ujian yang perlu diduduki oleh para pelajar iaitu ujian bertulis (8.30 pagi) dan ujian lisan untuk...
TEMU UJI TINGKATAN 1 TAHUN 2019
TARIKH : 6 OKTOBER 2018
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SMA AL-KHAIRIAH TEMERLOH
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SMA AL-KHAIRIAH TEMERLOH