MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORIRANA BT MOHD SUHAIMI
Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Cikgu Norirana Bt Mohd Suhaimi. Beliau telah menabur bakti selama 5 tahun di sekolah ini dengan mengajar mata pelajaran Sains untuk tingkatan 1, 2 dan 5.
Seluruh warga SMAKT merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norirana di atas perkhidmatan yang diberi sepanjang berada di sini. Semoga cikgu terus maju dalam kehidupan dan didoakan agar sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berterusan.
Seluruh warga SMAKT merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norirana di atas perkhidmatan yang diberi sepanjang berada di sini. Semoga cikgu terus maju dalam kehidupan dan didoakan agar sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berterusan.
KELAS GERAK GEMPUR SPM 2018
SMAKT – Seramai 172 orang pelajar tingkatan 5 selesai mengikuti Kelas Gerak Gempur SPM 2018. Kelas ini telah bermula dari 1 Oktober dan telah berakhir pada 10 Oktober 2018 yang lalu. Kelas gerak gempur telah diadakan di sebelah petang dan malam mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh S/U Peperiksaan SPM.
Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknik dan cara menjawab soalan serta dapat membaiki kelemahan diri dalam aspek pembelajaran. Di samping itu, pelajar...
MAJLIS RESTU ILMU SMA & STAM 2018
SMAKT - Majlis Restu Ilmu khas untuk calon-calon SMA dan STAM yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan telah diadakan dengan jayanya di bawah anjuran penyelaras tingkatan 4 dan tingkatan 6.
Pihak sekolah yakin bahawa keredhaan guru-guru atas ilmu yang dicurahkan amat penting bagi memastikan segala ilmu yang dipelajari memperoleh keberkatannya. Oleh itu, majlis ini dirancang bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memohon maaf dan restu daripada guru-guru yang telah...
PROGRAM KEMBARA KELAB MALAYSIAKU 2018
SMAKT – Seramai 8 orang peserta dari SMAKT telah menyertai Program Kembara Kelab Malaysiaku Daerah Temerloh Ke Kuantan. Program ini di bawah anjuran Jabatan Penerangan Daerah Temerloh dan telah disertai oleh 81 orang peserta dari 9 buah sekolah dari daerah ini. Program kembara ini telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2018 (Rabu) yang lalu.
Menurut guru pengiring Cikgu Maizatul Akma bt Othman “Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara ahli...