SEMINAR MATAPELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5

 Seminar bagi matapelajaran sejarah telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqari pada 4 Ogos 2019 (Ahad). Sasaran seminar ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 
 
Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memahami teknik menjawab soalan kertas 2 serta dapat mengetahui teknik menjawab soalan KBAT. Aktiviti yang telah dijalankan semasa seminar antaranya ialah aktiviti berkumpulan dan perbincangan soalan secra berkumpulan.
 
Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cikgu Haniza binti kassim dari SMK Lanchang.

Tag: 2019 spm