CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN 2019
Satu ceramah Kesihatan Pergigian telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh pada hari ini, Rabu bertarikh 9 Oktober 2019. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori pada pukul 10.00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Doktor Shahira bt Zainal Abidin, pegawai dari Klinik Pergigian Kesihatan Daerah Temerloh.
Antara objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang langkah-langkah penjagaan gigi...