CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN 2019

Satu ceramah Kesihatan Pergigian telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh pada hari ini, Rabu bertarikh 9 Oktober 2019. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori pada pukul 10.00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Doktor Shahira bt Zainal Abidin, pegawai dari Klinik Pergigian Kesihatan Daerah Temerloh. 

Antara objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang langkah-langkah penjagaan gigi yangsempurna bagi mencegah pelbagai jenis penyakit berkaitan gigi dan seterusnya dapat menggalakkanpelajar supaya dapat mempraktikkan segala maklumat yang diperoleh untuk dimanfaatkan dalam aspekkebersihan mulut.

Tag: 2019 Aktiviti