CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN 2019
Satu ceramah Kesihatan Pergigian telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh pada hari ini, Rabu bertarikh 9 Oktober 2019. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori pada pukul 10.00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Doktor Shahira bt Zainal Abidin, pegawai dari Klinik Pergigian Kesihatan Daerah Temerloh.
Antara objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang langkah-langkah penjagaan gigi...
PROGRAM LIQA’ MAHABBAH PLUS TAHFIZ ANJURAN UITM JENGKA
Pelajar-pelajar tahfiz lelaki dari sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh (SMAKT) telah berpeluang menyertai Program Liqa’ Mahabbah Tahfiz di bawah anjuran UITM Jengka, Pahang. Program ini telah diadakan di Dewan Biruni 2, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Pahang, Kampus Jengka pada 4 Oktober 2019 bersamaan 5 Safar 1441H (Jumaat).
Sasaran program ini adalah kepada semua pelajar UITM Kampus Jengka dan pelajar-pelajar kelas tahfiz dari SMAN. Objektif utama program ini adalah untuk...
BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM 2019 SMAN PAHANG
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan satu Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan STAM bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Bengkel ini telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 4hb sehingga 7hb Oktober 2019. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan telah menjadi tuan rumah untuk bengkel kecemerlangan pada kali ini. Bengkel ini telah menggabungkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan Kulliah Al-Lughah Waddin...
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2019
Calon-calon dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh (SMAKT) menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada minggu yang kedua. Peperiksaan PT3 telah bermula di seluruh negeri bermula dari 2hb Oktober dan akan berakhir pada 9hb Oktober 2019. Dengan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua anak-anak SMAKT yang menduduki Peperiksaan PT3. Semoga tenang sentiasa sewaktu menjawab soalan yang diberikan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang...