PROGRAM TAARUF DAN TAKLIMAT PEMILIHAN ALIRAN DI TINGKATAN 4 SESI 2020

Satu Program Taaruf dan  Taklimat bagi Pemilihan Aliran Di Tingkatan 4 untuk sesi 2020 telah pun berjaya diadakan pada 2 Januari 2020 (Khamis). Taklimat ini adalah di bawah Penyelarasan Unit Bimbingan Kaunseling SMAKT. 
 
Seramai 212 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 telah menyertai taklimat tersebut. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan merungkai beberapa masalah dalam pemilihan aliran yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar. Justeru itu, penilaian yang tepat adalah penting bagi menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran yang sesuai untuk menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk pelajar. 
 
 

Tag: 2020 Aktiviti