Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2019

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah diumumkan pada 5 Mac 2020 di seluruh negara. Seramai 59 orang dari 172 orang pelajar SMAKT telah memperoleh keputusan cemerlang SPM 2019 dengan keputusan 9A hingga 5A. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019. Usaha dan pengorbanan anda telah menghasilkan satu kejayaan yang cukup bermakna kepada anda, keluarga dan pihak sekolah.  

Keputusan SPM 2019:
9A - 4 orang
8A - 2 orang
7A -...

Tag: 2020 spm

Papar Artikel

CERAMAH KESIHATAN REMAJA

Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menganjurkan satu ceramah kesihatan bertajuk "Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja". Ceramah ini telah melibatkan pelajar tingkatan satu, tiga dan empat. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Abqari pada 4 Mac 2020 (Rabu) yang lalu. Ceramah kesihatan ini telah disampaikan oleh Doktor Mariam binti Daud.

Tag: 2020 Aktiviti

Papar Artikel

TAKLIMAT DIPLOMA TAHFIZ NEGERI PAHANG

Satu taklimat mengenai pengambilan pelajar tahfiz Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang telahpun diadakan pada 3 Mac 2020 (Selasa) yang lalu. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Taklimat ini telah disasarkan kepada pelajar tingkatan lima dan enam (STAM). 
 
Tujuan taklimat ini diadakan adalah kerana pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang ingin mengwar-warkan bahawa mereka telah membuka permohonan kemasukan pengambilan pelajar baru bagi pelajar lepasan SPM. 
 
...

Tag: 2020 Aktiviti

Papar Artikel

SUNTIKAN PELALIAN HPV

SMAKT, 3 Mac 2020 :– Seramai 122 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 sesi 2020, telah menerima suntikan pelalian Human Papiloma Virus (HPV). Suntikan ini telah dilaksanakan oleh para pegawai kesihatan  dari Klinik Kesihatan Daerah Temerloh.

Pelalian yang diberi adalah untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan...

Tag: 2019 Aktiviti