SUNTIKAN PELALIAN HPV
SMAKT, 3 Mac 2020 :– Seramai 122 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 sesi 2020, telah menerima suntikan pelalian Human Papiloma Virus (HPV). Suntikan ini telah dilaksanakan oleh para pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Daerah Temerloh.
Pelalian yang diberi adalah untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah.
Suntikan kedua – satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan kedua – satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga – enam (6) bulan dari suntikan pertama.