Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL TAHFIZ

Peserta tahfiz dari SMA-Al-Khairiah Temerloh dan KOMTAQ (Kompleks Maahad Tahfiz Qardawi) bergambar bersama selepas selesai acara  Perlawanan Persahabatan Futsal Tahfiz di bawah anjuran SMA Al-Khairiah. Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat serta dapat memantapkan aktiviti kokurikulum bagi pelajar tahfiz. Semoga program seperti ini dapat melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang Al-Quran, akademik dan juga sukan.

Tag: Tahfiz 2018

Papar Artikel

اهلا وسهلا ومرحبا بكم TEMU UJI TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Sesi Temu Uji Tingkatan 1 Tahun 2019 telah berjaya dijalankan di SMA Al-Khairiah pada hari Sabtu 6 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 520 orang calon telah hadir untuk menduduki temu uji tersebut. Pendaftaran pelajar telah dibuat seawal jam 8.00 pagi dan pelajar dikehendaki memasuki barisan mengikut nombor bilik temu uji masing-masing sebelum dipandu arah oleh petugas.

Temu uji ini terdapat dua sesi ujian yang perlu diduduki oleh para pelajar iaitu ujian bertulis (8.30 pagi) dan ujian lisan untuk...

Tag: 2018 TEMU UJI