ZON 3 DINOBAT JUARA (MASISUPA PERINGKAT PUSAT)
19 Mac 2017, Ahad: Pasukan Zon 3 sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-33 bagi tahun 2017. Apa yang boleh dibanggakan ialah Zon 3 telah berjaya mengekalkan kejuaraannya sebanyak 3 kali berturut-turut. Pasukan Zon 3 telah disertai oleh peserta dari 6 buah Sekolah Menengah Agama yang terdiri daripada (SMA) Chenor, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMAR Darunnaim.
MASISUPA di...
MASISUPA ZON 3 KALI KE 33, TAHUN 2017
Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) Peringkat Zon 3 telah pun berlangsung dengan jayanya selama 5 hari iaitu bermula dari 1hb sehingga 5hb Mac 2017 yang lalu. Secara keseluruhannya SMAKT telah berjaya merangkul kedudukan sebagai Naib Johan pada kejohanan sukan kali ini. MASISUPA telah pun berlangsung di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran dan telah disertai oleh pelajar–pelajar dari 6 buah sekolah agama iaitu SMA AL-KHAIRIAH, SMA CHENOR, SMA AL-ITTIFAQIYYAH...
"DESIGN YOUR DREAM"
9 Mac 2017, Khamis: Satu Program Motivasi “Design Your Dream” telah Berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori. Program ini disasarkan kepada para pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja. Ia bertujuan untuk membuka minda dan memberi peluang kepada para pelajar memasang impian kemana hala tuju dan apakah cita-cita para pelajar yang perlu ditentukan dari masa sekarang. Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur Hanisah B. Dato’ Hj Mohd Nor Afandi dari Aura Imtiyaz Training & Consultancy. Diharap...
AGIHAN WANG ZAKAT
Majlis penyerahan wang zakat oleh pihak Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang kepada 1000 lebih pelajar SMA Al-Khairiah yang telah diadakan pada 24 Februari yang lalu. Alhamdulilah ..
