LARIAN AL-KHAIRIAH 2018
SMAKT – Pada hari Jumaat bertarikh 16 Mac 2018 bersamaan 28 Jamadilakhir 1439H, telah diadakan Larian Al-Khairiah yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari para pelajar.
Tujuan larian Al-Khairiah diadakan adalah untuk memastikan agar semua pelajar sentiasa dalam keadaan aktif dari segi fizikal dan juga mental. Apabila mereka sihat dari segi mental dan fizikal sudah pasti dapat melahirkan para pelajar yang hebat dan akan beroleh pencapaian yang seimbang dalam bidang kurikulum dan...
MAJLIS PERASMIAN 4K SESI 2018
SMAKT – Majlis Perasmian 4K tahun 2018 di peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Temerloh iaitu Azril Rizal Yusof Bin Dato Sri Mohd Sarit. Pemukulan gong sebanyak 3 kali adalah sebagai gimik untuk Majlis Pelancaran 4K tersebut.
Majlis ini telah berlangsung selepas selesai sesi perhimpunan pagi pada 16 Mac 2018 (Jumaat), bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Perasmian ini menandakan bermulanya kempen 4K iaitu kebersihan, kecerian, kerohanian dan keselamatan.
Majlis pada kali ini...
SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANDA "SPM 2017"
TAHNIAH buat pelajar-pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan SPM tahun 2017 pada hari Khamis yang lalu. Bagi keputusan keseluruhannya SMAKT telah menduduki ranking yang ke-5 daripada 18 buah sekolah SMAN dengan memperoleh GPS sebanyak 4.16 berbanding 4.35 pada tahun 2016.
Seramai 47 orang pelajar telah memperoleh keputusan 5A ke atas. Semoga kejayaan yang anda perolehi pada kali ini akan dapat membantu melancarkan lagi perjalanan untuk menuntut ilmu pada masa akan datang.
...
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2017
Keputusan SPM 2017 akan diumumkan pada hari ini (Khamis) 15 Mac 2018, bertempat Di Dewan Al-Abqori SMAKT. Semua calon diingatkan untuk hadir dengan berpakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
Pihak sekolah sentiasa mendokan agar semua calon beroleh kejayaan, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Pihak sekolah sentiasa mendokan agar semua calon beroleh kejayaan, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Perjalanan majlis adalah seperti ketetapan berikut:
ATUR CARA:
11.00 : Kehadiran Pelajar SPM 2017
11.30 ...