Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "Aktiviti"

Papar Artikel

HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2019

Seramai 30 orang pelajar dari kelas 4 Ibnu Rush beserta 2 orang guru pengiring telah berpeluang menyertai aktiviti di Hari Terbuka Perpustakaan 2019. Program ini telah diadakan pada 23 Julai 2019 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan, menanamkan minat, kesedaran, peluang serta kefahaman kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang kerjaya selain daripada...

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI BERKALA

Pemeriksaan   Kesihatan   Pergigian   merupakan satu program yang amat penting dalam memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kesihatan pergigian yang menyeluruh bagi seseorang individu.

Oleh yang demikian, rawatan pergigian di sekolah ini telah dilaksanakan oleh 2 orang Jururawat Pergigian dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Pejabat Perkhidmatan Pergigian Sekolah Bahagian Temerloh. Mereka berada di sekolah ini mulai 22 Julai 2019 hingga 25 Julai 2019. Sasaran...

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

PERSEMBAHAN HIWAR أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام DARI PELAJAR TINGKATAN 2

 Pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 2 telah berjaya membuat persembahan hiwar (perbualan) dalam bahasa arab yang bertajuk أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام (Adawatul Istifham). Persembahan hiwar ini telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad bin Ibrahim. Beliau merupakan guru bahasa arab tajaan UAE.

Adawatul Istifham adalah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu baik yang berakal ataupun yang tidak berakal. Di dalam bahasa Arab juga terdapat beberapa kata tanya untuk menanyakan maksud dan tujuan...

Tag: 2019 Aktiviti

Papar Artikel

GOTONG-ROYONG PERDANA SMAKT

Pihak SMAKT telah mengadakan Gotong-Royong Perdana pada 19 Julai 2019 bersamaan 16 Zulkaedah 1440H bagi persiapan Pelancaran 4K peringkat sekolah. Gotong royong ini melibatkan kakitangan, guru, MPT, ibu bapa dan semua pelajar. Gotong-royong telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.

Aktiviti gotong-royong telah dijalankan di persekitaran sekolah terutamanya di tapak perhimpunan, bilik guru, makmal sains, asrama dan lain-lain tempat. Program ini bertujuan untuk mendidik...

Tag: 2019 Aktiviti