PERSEMBAHAN HIWAR أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام DARI PELAJAR TINGKATAN 2

 Pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 2 telah berjaya membuat persembahan hiwar (perbualan) dalam bahasa arab yang bertajuk أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام (Adawatul Istifham). Persembahan hiwar ini telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad bin Ibrahim. Beliau merupakan guru bahasa arab tajaan UAE.

Adawatul Istifham adalah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu baik yang berakal ataupun yang tidak berakal. Di dalam bahasa Arab juga terdapat beberapa kata tanya untuk menanyakan maksud dan tujuan tertentu contohnya  هَلْ / أَ (apakah).

Tag: 2019 Aktiviti