Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "2019"

Papar Artikel

TAKLIMAT SUNTIKAN PELALIAN HPV

11 Januari, Jumaat : Satu taklimat mengenai suntikan pelalian HPV kepada pelajar perempuan  tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada jam 8.30 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Jururawat iaitu Puan Rosalinda dari Pejabat Kesihatan Temerloh.

Taklimat HPV ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang bahayanya Kanser rahim dan pentingnya pencegahan dari awal iaitu melalui suntikan HPV. Taklimat tersebut berakhir jam 9.30 pagi.


Tag: 2019 kesihatan

Papar Artikel

SELAMAT DATANG KE HARI PENDAFTARAN PELAJAR STAM TAHUN 2019

8 Januari 2019, Selasa: Pendaftaran bagi pelajar tingkatan 6 telah selesai dijalankan bertempat di Dewan STAM SMAKT. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail. Seramai 60 orang pelajar telah hadir mendaftar ke tigkatan 6 di sekolah ini. Terdapat 2 kelas disediakan untuk tingkatan 6 iaitu 6 As-Syaukani dan 6 As-Syafie.

Tag: 2019 Pendaftaran

Papar Artikel

HARI PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN TINGKATAN 1 SESI 2019

7 Januari 2018, Isnin: Hari Pendaftaran Pelajar Rayuan Tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan di Dewan STAM. Pendaftaran ini telah dilaksanakan melalui sistem online yang dilakukan oleh guru-guru yang bertugas. Seramai 23 orang pelajar rayuan telah mendaftar ke tingkatan satu di sekolah ini. Proses pendaftaran  telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.00 pagi selepas selesai mendengar taklimat yang disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin...

Tag: 2019 Pendaftaran

Papar Artikel

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

7 Januari 2018, Isnin: Satu majlis pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah’ dibawah anjuran Badan Disiplin SMAKT telah selesai dilaksanakan di Dataran Al-Muttaqin. Program ini telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan sekolah iaitu Inspektor Norazan bt Hj. Mat Yusop.

Program jom ke sekolah ini adalah kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar sekolah.

Objektif program ini adalah untuk...

Tag: 2019 Badan Disiplin SMAKT