TAKLIMAT SUNTIKAN PELALIAN HPV
11 Januari, Jumaat : Satu taklimat mengenai suntikan pelalian HPV kepada pelajar perempuan tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada jam 8.30 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Jururawat iaitu Puan Rosalinda dari Pejabat Kesihatan Temerloh.
Taklimat HPV ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang bahayanya Kanser rahim dan pentingnya pencegahan dari awal iaitu melalui suntikan HPV. Taklimat tersebut berakhir jam 9.30 pagi.