Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2019

Calon-calon dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh (SMAKT) menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada minggu yang kedua. Peperiksaan PT3 telah bermula di seluruh negeri bermula dari 2hb Oktober dan akan berakhir pada 9hb Oktober 2019. Dengan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua anak-anak SMAKT yang  menduduki Peperiksaan PT3. Semoga tenang sentiasa sewaktu menjawab soalan yang diberikan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang...

Tag: 2019 pt3

Papar Artikel

BENGKEL KECEMERLANGAN PECUTAN AKHIR SMA 2019

Seramai 213 orang pelajar tingkatan 4 mengikuti Bengkel Kecemerlangan Pecutan Akhir bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama yang telah dianjurkan oleh PETKA. Program ini telah bermula dari 30hb September dan akan berakhir pada 10hb Oktober 2019. Bengkel ini akan berjalan sepanjang sesi persekolahan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penceramah untuk program ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bouth dari sekolah ini.
 
Program ini merupakan tentatif yang telah...

Tag: 2019 SMA

Papar Artikel

JADUAL BENGKEL KECEMERLANGAN PECUTAN AKHIR SMA 2019

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kecemerlangan Pecutan Akhir SMA bagi Pelajar Tingkatan 4 untuk Sesi 2019 diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        : 30 September hingga 10 Oktober 2019 
Masa         :  7.40 hingga 2.30 petang (Rujuk Jadual)
Tempat      :  Dewan Utama 
   
Sekin terima kasih.

Harap maklum                  ...

Tag: 2019 SMA

Papar Artikel

MAJLIS JASAMU DIKENANG BERSAMA GURU DAN KAKITANGAN

Pada 27 September 2019 (Jumaat) yang lalu, warga guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah mengadakan satu jamuan makan malam sempena pertukaran Mantan Pengetua SMAKT iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail. Beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan. Kehadiran warga SMAKT adalah amat menggalakkan, turut hadir menambahkan lagi seri perjalanan majlis ialah para jemputan VIP antaranya YB. Dato' Haji Nor Azmi bin Mat Ludin, DIMP., YDP PIBG En....

Tag: 2019 perpisahan