TEMUDUGA KEMASUKAN KE KELAS TAHFIZ SESI 2020
Sesi temuduga kemasukan ke kelas tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya. Pelajar yang berminat dalam bidang penghafalan ayat Al-Quran telah hadir ke surau untuk menghadiri temuduga tersebut.
Terdapat 2 surah wajib yang perlu dihafal oleh pelajar-pelajar semasa sesi temuduga. Surahnya terdiri dari surah As-sajadah dan surah Luqman. Temuduga pada tahun ini telah dihakimi oleh 3 orang guru yang terdiri daripada guru tahfiz dan guru Al-Quran SMAKT.
Tahniah diucapkan kepada semua...
PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PU ANGAH
Tarikh : 3 Disember 2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 am
Tempat : Dataran Al-Muttaqin Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh
Sasaran : Semua Pelajar SMAKT
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 am
Tempat : Dataran Al-Muttaqin Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh
Sasaran : Semua Pelajar SMAKT
HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 SESI 2020
Hari Orientasi Tingkatan Satu sesi 2020 telah berjaya diadakan selama 2 hari bermula dari 2 sehingga 3 Januari. Seramai 166 orang pelajar tingkatan 1 telah menyertai orientasi pada kali ini.
Hari Orientasi ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi perubahan hari pertama di dalam keadaan transisi dari pendidikan sekolah rendah ke pendidikan sekolah menengah. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan pelajar-pelajar dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru...
PROGRAM TAARUF DAN TAKLIMAT PEMILIHAN ALIRAN DI TINGKATAN 4 SESI 2020
Satu Program Taaruf dan Taklimat bagi Pemilihan Aliran Di Tingkatan 4 untuk sesi 2020 telah pun berjaya diadakan pada 2 Januari 2020 (Khamis). Taklimat ini adalah di bawah Penyelarasan Unit Bimbingan Kaunseling SMAKT.
Seramai 212 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 telah menyertai taklimat tersebut. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan merungkai beberapa masalah dalam pemilihan aliran yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar....