PROGRAM PELUPUSAN BUKU TEKS SMA AL-KHAIRIAH
Program pelupusan buku teks telah di adakan pada 22 Ogos 2019 (Khamis) yang lalu. Buku di lupuskan dengan cara pembakaran. Pembakaran buku dilaksanakan oleh Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran dan Kurikulum SMAKT sambil diiringi Cikgu Zarina bt Mohd Akhir (GPK Hal Ehwal Pelajar). Terima kasih juga kepada semua guru SPBT kerana telah menjayakan program ini.
BENGKEL PEMANTAPAN MATAPELAJARAN SEJARAH SPM 2019
Bengkel Pemantapan Matapelajaran Sejarah SPM telah berjaya dilaksanakan di Dewan Asrama Luar SMAKT pada 27 Ogos 2019 (Selasa) yang lalu. Seramai 102 orang pelajar dari beberapa buah sekolah SMAN (SMAKT, SMA Al-Wosto, SMA Guai, SMA Darunnaim) telah menyertai bengkel ini. Sasaran utama adalah kepada pelajar-pelajar potensi dari gagal kepada lulus.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mencapai sifar gagal bagi matapelajaran sejarah SPM. Aktiviti berbentuk bengkel telah...
ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAN PAHANG
SMAKT telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2018. Kejayaan ini telah diumumkan ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SMAN Pahang pada 22 Ogos 2019 yang lalu.bMajlis ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang telah menerima anugerah cemerlang pada hari tersebut. Insya Allah akan ditingkatkan lagi keputusan peperiksaan di tahun...
UJIAN LISAN PT3 2019
Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Lisan (Bertutur) bagi Pelajar Tingkatan 3 untuk Sesi 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 hingga 30 Ogos 2019 (LISAN BAHASA MELAYU)
: 3 hingga 10 September 2019 (LISAN BAHASA INGGERIS)
Tarikh : 23 hingga 30 Ogos 2019 (LISAN BAHASA MELAYU)
: 3 hingga 10 September 2019 (LISAN BAHASA INGGERIS)
Masa : Rujuk Jadual
Tempat : Rujuk Jadual
...