Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SMA 2022
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SMA 2022 telah diadakan pada 17 Mac 2023, bertempat di Dewan Mumtaz SMABI mulai jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Keputusan SMA 2022 menunjukkan peningkatan GPS SMABI sebanyak 0.57 iaitu daripada 3.48 (2021) kepada 2.91 (2022) dan seterusnya melayakkan SMABI berada di kedudukan 10 terbaik SMA SMAN Pahang pada tahun ini. 6 orang pelajar telah berjaya memperolehi pangkat Mumtaz termasuk seorang pelajar mendapat Mumtaz Sofi, 12 orang...
Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 SMABI
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2023/2024 SMABI telah diadakan pada hari ini, 1 Mac 2023 bertempat di Dewan An-Najah bermula dari jam 8.30 pagi. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar yang terpilih ke SMABI.
Persiapan Akhir Sejarah SPM
Persiapan akhir para pelajar sebelum menghadapi SPM kertas Sejarah pada hari Khamis, 23 Februari 2023. Guru-guru Sejarah yang komited, Cikgu Zulhakim dan Cikgu Azim hadir bersama untuk memperkasa calon-calon ke arah kecemerlangan dalam SPM khususnya subjek Sejarah. Terima kasih cikgu.
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2022
Suasana hari pertama peperiksaan bertulis SPM untuk subjek Bahasa Melayu pada hari ini, 20 Februari 2023. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi calon-calon SPM SMABI seramai 62 orang pada tahun ini atas usaha dan doa para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Aamiin.