Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM SESI 2018

Pada 10  Januari 2018 telah diadakan perjumpaan pertama bagi aktiviti kokurikulum. Setiausaha Kokurikulum, Puan Arfah  berkata antara tujuan aktiviti kali pertama ini adalah mengadakan mesyuarat agung bagi melantik jawatan kuasa badan beruniform, rumah sukan dan kelab / persatuan bagi sesi persekolahan 2018. Antara badan beruniform yang ada di SMA Bukit Ibam ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, PKBM, Kadet Polis, Kadet  Bomba & Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap. Manakala rumah sukan yang terlibat adalah rumah biru, hijau, kuning dan merah. Bagi kelab/persatuan pula SMA Bukit Ibam telah menubuhkan 8 buah kelab/persatuan dan diantaranya ialah Kelab Protune,Seni Silat, Kelab Ko-Falaq dan lain-lain. Semua perjumpaan berlangsung dengan baik sepertimana yang telah ditetapkan di dalam edaran jadual. 

Tag: perjumpaan Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini