Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

JEJAK MUMTAZ SMA 2017


18 September 2017 – Pada 15-17 September 2017, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah telah menganjurkan Program Kecemerlangan Jejak Mumtaz Sijil Menengah Agama (SMA) bagi memantapkan dan melengkapkan persediaan pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah ini di Agro Semuji Resort, Gambang, Kuantan.

Dalam program selama dua hari itu, pelajar-pelajar  dibimbing oleh guru-guru pakar mata pelajaran dalam teknik dan formula menjawab soalan SMA secara berkesan. Peserta program juga dinasihatkan menjaga dan memastikan fizikal, mental serta spiritual mereka dalam keadaan terbaik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang cemerlang dalam peperiksaan SMA 2017. 

Tag: Mumtaz SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini