Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM LESTARI KOMUNITI @BUKIT IBAM 1P 1L POLYTECHNIC SOCIAL RESPONSIBILITY

SMA BUKIT IBAM, MUADZAM SHAH: Seramai 100 orang pelajar dan 24 pensyarah dari Politeknik Muadzam Shah (PMS),Pahang dan 5 Jabatan Politeknik Muadzam Shah telah berkampung di sini bagi merealisasikan PROGRAM LESTARI KOMUNITI @BUKIT IBAM 1P 1L POLYTECHNIC SOCIAL RESPONSIBILITY pada 20 September 2017 bermula jam 8.00 pagi.
          Terdapat 12 aktiviti yang di lakukan bersama-sama dengan pelajar-pelajar sekolah iaitu Orientasi Kompas, Abseiling, Asas Ikatan Tali, Pembuatan Chicken Chop, Memproses Mee, Basic Sketch Up, Mural Design, Motivasi Pelajar, Asas Memanah Tradisional, PC Assembling, Entreprenuer Games dan Outreach. 
          KPP Bahagian Pendidikan , Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad telah merasmikan program tersebut di Dewan al-Falah SMA Bukit Ibam. Turut hadir bersama ialah Pengarah PMS, Pengarah Program PMS, Tuan Pengetua SMA Bukit Ibam, GPK HEM SMA Bukit dan pensyarah-pensyarah serta guru-guru.
           Pelajar-pelajar jurusan Reka Bentuk Grafik dan Diploma Teknologi Media Cetak dari Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual PMS menghasilkan satu mural pada dinding asrama putera di sekolah ini. Menurut salah seorang pelajar  PMS, mural yang dihasilkan itu adalah sebagai tribute untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini dan secara tidak langsung mengasah bakat dan potensi diri dalam menghasilkan mural.
           Menurut Pengarah Program ini pula,  aktiviti-aktiviti yang yang diadakan ini memberi peluang kepada ahli sukarelawan untuk melaksanakan khidmat bakti dan tanggungjawab sosial kepada komuniti dengan menggunakan kemahiran dan bakat yang mereka miliki dalam pelbagai bidang dan jurusan. Semoga matlamat dan objektif program ini tercapai dengan baik. Terima kasih Politeknik Muadzam Shah (PMS).
 

Tag: program masyarakat politeknik

0 komen

Sila berikan komen anda di sini