Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

AKTIVITI KOKO : KELAB BERUNIFORM

SMA BUKIT IBAM – Kegiatan kokurikulum sa­ma ada melibatkan aktiviti sukan, kelab dan persatuan atau badan beruniform bukan suatu perkara yang asing lagi di setiap sekolah. Penglibatan aktif murid seko­lah dalam aktiviti-aktiviti ter­sebut merupakan pelengkap bagi memperkukuhkan pengajaran dan pem­belajaran murid di bilik darjah.

Hal ini seiring dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendi­dikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang meng­haya­ti nilai serta menekankan kepada pembangunan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendi­dikan Malaysia 2013-2025, SMA Bukit Ibam telah mengadakan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu sejak bermula sesi persekolahan 2019. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan dapat melahirkan pelajar berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, beretika dan berkerohanian.

Tag: kelab

0 komen

Sila berikan komen anda di sini